[Video] Ini Lah Wajah Suspek Yang Meculik Adik Darleen! Memang Agak..!! Sebenarnya Lelaki Yang Culik Adik Darleen Ni Rupa - Rupanya Memang Diorang Kenal!



DARLEEN Dazeera Azhar. - Foto Mohd Yusni Ariffin PUTRAJAYA: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang dipercayai melarikan pelajar Tingkatan Tiga, Nur Darleen Dazeera Azhar, di Bandar Tun Hussein Onn, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata penganggur berusia 25 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes. "Kita masih memburu suspek kedua yang dikatakan ada bersama suspek pertama," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran 1Aman Week, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada di sini, hari ini. Semalam, Nur Darleen Dazeera, 15, dilaporkan diculik dua lelaki ketika menunggu van untuk ke sekolah, kira kira jam 7 pagi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, itu dikatakan ditarik dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya dan kejadian disaksikan pemandu van serta beberapa rakannya. Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 petang semalam, Nur Darleen Dazeera ditemui berjalan sendirian berhampiran rumahnya dan dihantar pulang oleh orang awam.

Related Posts:

0 Response to "[Video] Ini Lah Wajah Suspek Yang Meculik Adik Darleen! Memang Agak..!! Sebenarnya Lelaki Yang Culik Adik Darleen Ni Rupa - Rupanya Memang Diorang Kenal!"

Post a Comment