Lelaki Luah CERITA SEBENAR. Apa Yang Budak Kena Pukul Tu EJEK Kat Danish Buat Korang Pun MARAH.. !!!


5Kami petik petikan ini dari  Aldi via IIUM… Semoga dengan perkongsian ini, kita semua boleh bezakan baik buruk terutamanya untuk anak anak lepas ini. Aku guna kata ganti nama diri aku je lah ya. Nak guna abang, macam kekok pulak. Aku berumur pertengahan 30-an. Dah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Kisah yang aku nak confess ni bukan pasal aku, tapi pasal kawan baik aku sejak sekolah lagi. Kita mulakan ya..

Aku ada seorang kawan baik, sangat rapat namanya A. Kitorang jadi rapat sebab mak-mak kitorang rapat. Mak-mak kitorang selalu pergi mengaji sama-sama kat surau kampung petang-petang, pergi belajar menjahit sama-sama ikut program ajk kampung. Rumah kitorang pun tak jauh. Jarak 3 buah rumah je. Kiranya memang kamceng la aku dengan A ni, selalu main sama-sama. Dia lepak rumah aku dan aku lepak rumah dia. A ni anak tunggal. Dia pelajar cemerlang dan harapan sekolah untuk dapat 5 A masa UPSR dulu. Dia ketua pengawas dan olahragawan sekolah. Nampak tak betapa cemerlangnya dia? Aku ni walaupun tak berapa bijak, tapi dapatlah juga sekelas dengan si A sampai darjah 6.
Masa kitorang darjah 6, satu hari tu masa aku nak jemput dia pergi sekolah sama-sama (bukan jemput sangatlah . kalau nak pergi sekolah kena lintas rumah dia dulu. kitorang pergi sekolah sama-sama), A berlari kat aku dengan muka girang. Dia teruja bagitau aku mak dia mengandung dan ada adik. Nanti dia dapat adik. Aku pun tumpang seronoklah. and the rest is history
Satu hari tu, masa tu hujung minggu, A duduk rumah aku sebab mak ayah dia nak keluar beli barang dapur. Sebab diorang ada motor je, A biasanya tak ikut sebab pergi pekan kan. A lepak la dengan aku kita main sama-sama. Lepas tu ada polis datang rumah, bagitau kat mak ayah aku, mak ayah si A terlibat dalam kemalangan. Ayah A masuk ICU seminggu lepas tu meninggal. Mak A pulak meninggal kat tempat kejadian, sekali dengan baby. Kau bayangkanlah, motor yang kecil tu bertembung dengan trailer balak. Hurm.
A masa mula-mula tu memang terkejut,sedih. Tapi dia jenis budak yang pintar kan. Dia pandai urus emosi dia. Dia tak adalah recover dari kesedihan dia terus, cuma dia pandai kawal je. Seminggu dia cuti lepas ayah dia meninggal, lepas tu dia datang sekolah balik. Atuk dan nenek belah ayah dia yang datang rumah jaga dia sebab kitorang nak UPSR dah. Lepas UPSR kiranya atuk dan nenek dia nak bawak pindah tinggal dengan diorang la. Kat kampung depan je.
Aku pun mulut lepas, aku tanya A, dia tak sedih ke mak ayah dia meninggal. Boleh pulak datang sekolah belajar macam biasa. A senyum tapi mata dia bergenang. Dia kata dia anak tunggal mak ayah dia. Kalau bukan dia yang mesti berjaya dan jadi budak baik, siapa lagi? Mak ayah dia ada dia seorang je. Masa tu aku pun diam, aku tepuk-tepuk bahu dia.
Ada sorang budak dalam kelas ni, aku bagi nama dia B. B ni, dia tau dari mak dia yang mak si A ni meninggal masa tengah mengandung. Kau tau apa si B ejek arwah mak si A? “Mak kau mesti jadi pontianak kan? Mak kau mati masa mengandung” sambil tu dia buat mimik muka macam takut-takut la konon,lepastu dia gelak dengan kawan-kawan dia. Tapi A ni buat pekak je. Aku tanya A, kau tak marah ke B cakap mak kau pontianak, A cakap, dia marah tapi apa dia boleh buat.
Tapi si B ni pun satu, mentang-mentang A tak melawan, dia lagi giat mengejek arwah mak A pontianak. Mak kau pontianak.Mak kau pontianak. Kalau kau tanam paku kat leher mak kau, mak kau boleh jadi manusia balik. Pergilah cari pontianak dalam kampung kita tanam paku kat leher dia.Lebih kurang macam tu lah ayat yang si B dok guna nak ejek arwah mak A. Sampai satu masa, A hilang sabar, dibalunnya si B. Gaduh la diorang. Bertumbuk. B tu pecah bibir jugaklah masa tu. Cikgu datang tarik dua-dua pergi bilik kaunseling dengan aku sekali kena ikut sebab aku ketua kelas masa tu (A yang cadang nama aku, dan aku pun dapat undi banyak.Terharu aku masa tu)
Cikgu disiplin panggil A dulu masuk bilik sekali dengan aku sebagai saksi. Cikgu pun soal siasat. Bila dah puas hati, dia suruh keluar dan panggil si B pulak. Dua-dua ceritakan perkara sebenar dan di sahkan oleh aku. Cikgu kata dua-dua salah. Lepas tu dua-dua kena hukuman. Aku tak ingat pulak apa jenis hukuman yang diorang kena. Tapi lepas tu si B dah tak ada nak mengejek arwah mak si A dah. Tapi aku rasa, ejekan si B tu ada meninggalkan kesan jugak kat dalam diri A.
Pernah satu hari tu, masa tu dia lepak rumah aku lepas kitorang main konda kondi depan rumah aku. Mak aku hidangkan milo panas, roti benggala dengan ubi rebus cicah sambal. Aku ni tengah nak cicah roti benggala aku dengan milo, tapi terbantut dengan soalan si A kat mak aku. Dia tanya mak aku, betulke kalau orang mati masa mengandung jadi pontianak? Mak aku terkedu jugaklah dengan soalan dia. Oh,mak aku tau kes dia bertumbuk kat sekolah tu, aku yang cerita. Dia pun tunduk lepastu cakap, kalau betul, dia tak kisah kalau mak dia pontianak pun asalkan mak dia dapat teman dia hari-hari. Aku masa tu nak marah jugaklah si A sebab aku takut dia sebut-sebut pontianak tu. Tapi dah tua ni, bila aku imbas balik, aku jadi sebak dan sedih bila teringat balik budak umur 12 tahun cakap macam tu.
Mak aku pun terangkanlah benda sebenar kat dia. Pasal pontianak semualah siap dengan ceramah kehidupan di alam barzakh semua. Sejak hari tu, mak aku memang bagi perhatian lebih kat A. Mak aku cakap kat aku, mak aku kesian kat A.Jadi mak aku nak bagi A rasa jugak kasih sayang ibu tu. Yang si A pulak, bila kitorang merayau satu kampung, lalu pokok besar, mesti dia pandang-pandang atas tengok pokok besar. Aku tanyalah, dia cari apa? Dia kata dia cari mak dia. Nak terkencing aku masa tu. Kita budak kampung, nak senja pun boleh merayau lagi. Tengah nak senja tu dia cakap macam tu, meremang aku. Aku ajak dia balik, sampai rumah terus aku bagitau mak aku. Mak aku risau, dia ajak ayah aku jumpa imam kampung mintak air penenang semua. Lepas tak lama tu, kuranglah si A cakap pasal mak ayah dia dan pontianak semua. Tapi kadang-kadang dia bergurau jugak dengan aku.
Kitorang dapat satu sekolah SBP sampai tingkatan 3 sama-sama, lepas tu dia pindah masuk MRSM, aku pulak stay kat SBP tu. Tapi hubungan kami tak pernah putus. Lepas SPM, dia buat A-level lepastu fly sambung kat RCSI Ireland. Korang taulah sekarang dia kerja apa kan? Aku sambung local, tapi kami masih contact walaupun jauh. Sekali sekala hantar surat.
Bila dia dah grad balik malaysia, posting dekat hospital utara tanah air, lagi selalu lah kami berjumpa sebab aku pun kerja dekat dengan kawasan tu jugak. A ni, walaupun dah besar dah kahwin dah ada anak, boleh pulak dia bergurau lagi dengan aku pasal pontianak tu. Sampailah satu hari aku tegur perbuatan dia tu, Aku bagitau khurafat semua tu. Dia pun tergelak, cakap, relaksla Al. Aku gurau je kot. Tapi lepas tu muka dia merah, dia kata, dia terkilan mak ayah dia tak dapat tengok kejayaan dia harini. Dia dah jadi orang bijak pandai, orang baik macam yang mak ayah dia selalu doakan malam-malam bila tiup ubun-ubun dia. Tapi apa gunanya, bila dia tak dapat nak kongsi kejayaan dia dengan mak ayah dia. Aku pun lepas tu ceramah panjang la kat dia.
Aku tergerak nak share kisah ni bila videobudak sekolah agama yang pukul kawan sekelas dia sebab ejek nama arwah ayah dia tu viral. Aku macam terimbas kembali, macam nampak balik A cuma latar masa dan tempat je yang berbeza. Bila aku search pasal budak tu, ayah dia baru meninggal. Aku tengok komen salah seorang mak kepada murid kelas tu, dia kata Danish (budak yang memukul tu), budaknya baik. Pengawas sekolah. Bila mengganas macam tu, terus semua cop dia pembuli sedangkan yang mulakan dulu, budak satu lagi tu.
Aku tak kata apa si Danish tu buat betul, tapi aku tak naklah netizen menghentam dia pembuli, pengganas, mak ayah tak ajar semua. Sebab aku dah saksikan sendiri apa yang jadi pada A dan aku sangat memahami situasi budak macam Danish tu. Masyarakat sekarang semua memandang physical contact sebagai membuli, tapi selalu hiraukan verbal bullying. Aku memohon kepada netizen semua, kalau kalian boleh jadi seorang hakim, seorang polis, seorang pengkritik tetap bila ada sesuatu isu, kenapa korang tak boleh jadi seorang pakar psikologi kepada seorang budak. Pandang benda yang berlaku tu sebagai sisi seorang budak yang baru 12 tahun dan masih belajar mengawal emosi dia. Aku bukanlah nak back up kes pukul memukul kat sekolah ni, tapi at least bila dah tau perkara sebenar, janganlah dicaci maki budak tu. Ni bila aku baca komen, semua memaki hamun budak tu, padahal masa tu polis dah keluarkan keterangan berhubung kes tu, puncanya disebabkan apa. Tak taulah diorang yang komen maki-maki tu tak baca berita susulan kan.
Aku harap masyarakat kita boleh didik anak jaga bahasa dia. Jaga tingkah laku dia. Ajar dia jangan guna bahasa tak elok. Ajar dia jangan mengejek nama mak ayah orang lain. Ajar dia jangan memandang rendah orang lain. Sebab pada aku, bila tatasusila dan bahasa dah cantik, tak akan ada masalah lain akan timbul. Ajar anak kita hormatkan hak orang lain. Tak banyak aku mintak, tu je.
Akhir kalam, sedikit kata hikmat, Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum. – Aldi via IIUM.

Related Posts:

0 Response to "Lelaki Luah CERITA SEBENAR. Apa Yang Budak Kena Pukul Tu EJEK Kat Danish Buat Korang Pun MARAH.. !!! "

Post a Comment