"Saya Ingat Dia Tidak Serius.. Tapi Malam Itu . . ." Salam Takziah Ifa Raziah.. Selepas Beberapa Hari Terkena Jangkitan Di Alat Sulit Akhirnya Anak Ifa Raziah Pergi . . .


MAHKAMAH Rayuan negara ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meluluskan permohonan penukaran nama dan jantina seorang wanita kepada lelaki dalam Mykad baru-baru ini.
Peguam William Lim dan Muhammad Izzat Md Jonid yang mewakili plaintif yang tidak membenarkan namanya disiar, telah bertungkus-lumus mempertahankan permohonan untuk mengiktiraf anak guam mereka itu sebagai transgender.

Akhirnya, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah memutuskan untuk berpihak kepada plaintif berkenaan.

Plaintif, yang dilahirkan sebagai perempuan, telah menerima pengesahan bahawa jantina dia kini sah sebagai seorang lelaki.

Hakim S. Nantha Balan telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama dan digit terakhir dalam MyKad untuk menunjukkan gender baharunya.

“Plaintif ada hak dalam perlembagaan di bawah Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk hidup dengan maruah sebagai lelaki dan diberikan hak sebagai lelaki,” katanya dalam dokumen setebal 41 muka surat yang dikeluarkan tiga minggu selepas itu.

Peguam yang mewakili plaintif mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa JPN telah memfailkan notis untuk mencabar keputusan mahkamah rayuan tersebut.

Related Posts:

0 Response to ""Saya Ingat Dia Tidak Serius.. Tapi Malam Itu . . ." Salam Takziah Ifa Raziah.. Selepas Beberapa Hari Terkena Jangkitan Di Alat Sulit Akhirnya Anak Ifa Raziah Pergi . . ."

Post a Comment