Kisah Benar Mayat Budak 2 Tahun Ini Bangkit Hidup Dari Keranda Untuk Minta Air Sebelum...


Ini kisah pelik yang berlaku di Utara Brazil , apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang sudah mati mengejutkan orang ramai apabila meminta air ketika upacara pengebumiannya dan meninggal dunia semula.

Kanak-kanak yang bernama Kelvin Santos ini disahkan meninggal dunia di Hospital Belem akibat penyakit pneumonia (radang paru- paru).

Ketika upacara pengebumian, Kelvin secara tiba-tiba bangun daripada kerandanya hingga menyebabkan tetamu menjerit ketakutan.


Kelvin kemudian, berkata “ayah, saya mahu air minum ,” mengejutkan para tetamu yang hadir.

Pada mulanya ayah kepada kanak-kanak ini ,Antonio Santos menganggap keajaiban berlaku dan anaknya dapat hidup kembali.

Namun, Kelvin kembali terbaring seperti sebelumnya hingga menyebabkan ayahnya berusaha mengejutkan anaknya itu lagi tetapi tiada tindak balas yang berlaku.

Selaku bapa, pastinya Antonio tidak berputus asa dan segera membawa anaknya ke hospital bagi berharap berlaku keajaiban ke atas anaknya itu.

Ayahnya, Antonio

Malangnya, doktor yang memeriksa Kelvin tetap memberitahu bahawa anaknya sudah meninggal dunia kerana tiada tanda-tanda kanak-kanak itu masih hidup.

Keluarga Kelvin yang masih berharap kanak-kanak itu dapat bernafas semula, menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan masih menunggu keajaiban agar anaknya sedar semula.Tetapi perkara itu tidak berlaku dan mereka terpaksa mengebumikan Kelvin di tanah perkuburan tempatan.

Antonio yang berasa aneh kejadian yang menimpa anaknya itu telah membuat laporan polis dan menuduh anaknya menjadi mangsa penyelewengan perubatan dan pihak polis telah memulakan siasatan bagi kes ini.

Bagaimana pun, pihak berkuasa mengesahkan kanak-kanak berusia 2 tahun itu sudah dalam keadaan kritikal dan telah diisytiharkan mati selepas mengalami kegagalan jantung (pernafasan).

Sabarlah Antonio, mungkin ada hikmah yang berlaku.
Sumber: sajaviral

Related Posts:

1 Response to "Kisah Benar Mayat Budak 2 Tahun Ini Bangkit Hidup Dari Keranda Untuk Minta Air Sebelum..."

  1. Using Kaspersky security for a few years now, I recommend this Anti virus to all of you.

    ReplyDelete