pengantin perempuan maut malam pertama akibat dicekik suami




Pengantin Dicekik Sampai Mati Kerana 'Tiada Dara'

Seorang pengantin perempuan berusia 17 tahun dicekik sampai mati oleh suaminya pada malam perkahwinan mereka, Sabtu lalu.

Lapor Tribune Pakistan, mangsa mati dicekik oleh lelaki itu kerana sudah tidak dara lagi.

Khanzadi, anak perempuan Lal Mohammad Lashari, berkahwin dengan sepupunya, Qalandar Bux Khokhar pada malam sebelum badannya ditemui tidak bermaya di bilik tidur.

Suspek, suami mangsa, telah melarikan diri, meninggalkan mangsa.

Ibu mangsa berkata, mereka gagal menghubungi anak mereka pada waktu pagi selepas hari perkahwinan mereka.

Dengan bantuan adik mangsa, Ali Sher Lashari, polis masuk ke dalam rumah mereka dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya di katil. Manakala, suaminya telah menghilangkan diri.

Ali Sher mendakwa, kakaknya telah dicekik sehingga mati oleh Qalandar dan empat beradiknya. Ibu mangsa memberitahu Qalandar Bux dan Khanzadi adalah sepupu dan perkahwinan itu juga adalah persetujuan mereka.

Menurut sumber-sumber di kawasan itu berkata, Qalandar membunuh isterinya sendiri kerana mangsa sudah tidak dara lagi. Manakala yang lain pula mendakwa, berlaku pertengkaran di antara mereka kerana majlis perkahwinan tertangguh disebabkan adat-adat tertentu. 

Related Posts:

0 Response to "pengantin perempuan maut malam pertama akibat dicekik suami"

Post a Comment