Silap Besar Lelaki Ini Cuba Ragut Peninju Wanita Professional MMA


Jika sebelum ini ada sebuah video viral di mana seorang peninju wanita Malaysia cuba dirompak semasa baru sahajap memasuki perkarangan rumahnya. Dan wanita tersebut berjaya memukul perompak yang kemudiannya berjaya lari. Ini lebih kurang kes yang sama di mana seorang peninju wanita professional MMA dirompak oleh dua orang lelaki.
Monique Bastos, dan kawan-kawannya yang dalam perjalanan ke sesi latihan di Acailandia, Brazil apabila didatangi dua orang lelaki yang cuba merompaknya. Malangnya, mereka salah memilih mangsa kerana tidak mengetahu bahawa wanita ini mampu membelasah mereka hingga menangis.
Selepas menyedari mereka tidak bersenjata, Bastos memberitahu MMAFighting,com, “ Saya mengangkat roda belakang motorsikal yang dinaiki dan mereka jatuh ke tanah. Lelaki yang mengambil telefon saya melarikan diri, tetapi saya berjaya menahan yang seorang lagi.”
Selepas berjaya memegang lelaki tersebut, beliau mencekik lelaki tersebut dalam bentuk segitiga selama 15 minit sehingga dia menangis ketakutan. Sementara itu, rakan-rakannya memeriksa dompet lelaki tersebut.
Nampaknya ini bukan pertama kali lelaki ini melakukan jenayah ini. “Saya dah pernah melalui situasi begini sebelum ini dan ini kali kedua saya melawan balik. “
Haa, jangan main-main dengan perempuan zaman sekarang okay? Silap-silap anda yang kena belasah dengan wanita gagah seperti ini.
Sumber dari BuzzFeed

Related Posts:

0 Response to "Silap Besar Lelaki Ini Cuba Ragut Peninju Wanita Professional MMA"

Post a Comment