PERKAHWINAN ANAK ZAHID HAMIDI DITAJA OLEH KERAJAAN? - KETUA UMNO BAHAGIAN


Shahbudin turut membangkitkan isu mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis majlis perkahwinan anak Zahid di Jakarta
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengenai kunjungan empat harinya ke Indonesia yang dikatakan dibuat pada tarikh yang sama persandingan anak lelakinya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, ia menjadi tanda tanya kerana pada masa yang sama beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.
Selain pertembungan tarikh, Shahbudin turut membangkitkan mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis itu.
“Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
“Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya “ditanggung beres” oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?,”tulisnya di shahbudindotcom.
Katanya, penjelasan daripada beliau akan dapat mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.
Gambar perkahwinan anak Zahid yang berlangsung pada Sabtu malam, iaitu hari kedua lawatannya disebar sebaik ia diadakan tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Related Posts:

0 Response to "PERKAHWINAN ANAK ZAHID HAMIDI DITAJA OLEH KERAJAAN? - KETUA UMNO BAHAGIAN"

Post a Comment