Padah 10 Aksi Selfie Berakhir Dengan Tragedi!



Trend selfie kini menjadi fenomena yang melanda hampir seluruh manusia di muka bumi ini. Tanpa mengira waktu, tepat, gaya semuanya selfie apabila dah ketagih. Namun, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi memilukan dan menyedihkan. 

1. Oscar Otero Aguilar


Mabuk yang mengundang padah! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gaya. Malangnya, dia telah tertembak diri sendiri sewaktu sedang mengambil gambar.

2. Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol


Selfie tidak bertempat! Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal sewaktu cubaan untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api akibat renjatan elektrik.

3. Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematiannya.

4. Collete Moreno dan Ashley Theobald

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Dua gadis ini sedang berada di dalam perjalanan menuju ke parti meraikan bakal pengantin baru, Collete Moreno sewaktu dia merakam selfie ini. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete.

5. Gary Slok dan ibunya

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi Gary Slok dan ibunya yang merupakan penumpang MH17 tidak berpeluang menikmati percutian idaman setelah kapal terbang malang itu ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia.

6. Mohammed al-Chaar

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia 16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan sepertimana kebiasaan remaja lain. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila turut terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar, sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter untuk kempen anti-keganasan.

7. Dua wanita di Iran

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Kedua-dua wanita ini memang penggila selfie yang tegar! Mereka telah terlibat dengan kemalangan sewaktu merakam video nyanyian mereka di dalam kereta. Mujur kedua-duanya terselamat dalam kemalangan itu. Namun begitu, mereka masih sempat berselfie sewaktu di dalam perjalanan ke hospital. Nampaknya mereka memang tidak akan berasa serik untuk berselfie pada masa akan datang!

8. Jenni Rivera

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa kesemua penumpang.

9. Pasangan dari Poland

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.

10. Xenia Ignatyeva

aksi selfie berakhir dengan tragedi

Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Semoga dengan apa yang berlaku dari kisah yang dikongsikan ini dijadikan pengajaran buat kita semua agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati ketika selfie.

Related Posts:

0 Response to "Padah 10 Aksi Selfie Berakhir Dengan Tragedi!"

Post a Comment