Gambar Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Jadi Viral



JOHOR BAHRU - Seorang pengguna media sosial, Sharafazlin telah memuat naik satu gambar yang memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya menggunakan troli pada hari ini.

Melalui apa yang ditulis oleh Sharafazleen, kejadian mengambil tempat di Tesco Plentong, Johor Bharu dan gambar terbabit dirakam sendiri olehnya.

Tindakan wanita terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang lain yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif.

Lebih teruk, Sharafazleen juga turut berkata anjing tersebut siap terkencing lagi.

"Bawak anjing jalan2 ke ape??? Ltk dlm troli!!!! Siap terkencingg lagiii ������ @ Tesco plentong....", tulis beliau.

Menurut Sharafazleen lagi, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu kepada pengawal keselamatan.

"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.

Gambar terbabit telah mendapat lebih dari 2,000 perkongsian dalam masa lebih kurang lima jam.

Related Posts:

0 Response to "Gambar Wanita Bawa Anjing Dalam Tesco Jadi Viral"

Post a Comment