FAM USAHLAH BODOH SOMBONG




Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menawarkan diri untuk 'menaja' gaji jurulatih asing untuk melatih skuad kebangsaan, asalkan FAM bersetuju memecat ketua jurulatih Dollah Salleh. 

Cadangan itu disuarakan Tengku Mahkota Johor selepas skuad Harimau Malaysia tewas besar 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi malam tadi.

Beliau menegaskan FAM usah bersikap bodoh sombong dan segera memecat Dollah sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. 

Namun Tunku Ismail mengenakan beberapa syarat kepada FAM, dalam usaha beliau untuk mengangkat martabat bola sepak tempatan. 

Menerusi akaun facebook JOHOR Southern Tigers, antara cadangan yang dituntut beliau adalah; 

1. Semua pasukan yang bertanding dalam negara diberi hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70 hingga 80 peratus. 

2. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan dengan saranan khidmat jurulatih asing ditekankan ke arah melahirkan pemain yang bersikap profesional. 

Tunku Ismail turut memberi tekanan kepada pimpinan dalam FAM supaya mengundur diri kerana halatuju mereka terus kabur. 

"Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air," tulisnya. 

Related Posts:

0 Response to "FAM USAHLAH BODOH SOMBONG"

Post a Comment