5 Kanak-Kanak Maut Ditetak Kerana Buat Bising


5 Kanak-Kanak Maut Ditetak Kerana Buat Bising | Lima kanak-kanak berusia antara lima bulan hingga lapan tahun telah ditemui mati apabila seorang lelaki berusia 22 tahun menetak mereka di daerah Chai Prakarn, Chiang Mai.
Lelaki yang dikenali Asapa Siwua mempunyai masalah gangguan mental dikatakan baru sahaja dibebaskan dari hospital di Chiang Mai masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau sepanjang 47 sentimeter lalu menetak kepala dan leher mangsa.
Ibu kepada dua kanak-kanak perempuan yang dibunuh, Yikor Sae Jern menyatakan anaknya mengalami luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
Jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk menyatakan lelaki itu menjadi berang selepas terdengar bunyi bising yang datang dari rumah mangsa lalu mengambil pisau besar di dapur lalu pergi ke rumah jirannya dan menetak seorang demi seorang.
Tiga kanak-kanak ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Sebaik sahaja melakukan pembunuhan kejam itu, lelaki tersebut masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
23456

Related Posts:

0 Response to "5 Kanak-Kanak Maut Ditetak Kerana Buat Bising"

Post a Comment