RESEPI PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT

RESEPI PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT !!! Pisang goreng cheese sudah semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin sudah jemu makan pisang goreng biasa, bila pisang goreng cheese ni mucul, agak dapat sambutan yang hangat. Kita boleh beli kat kedai makan untuk merasai keenakkan pisang goreng cheese. Atau untuk jimat, kita boleh buat pisang goreng cheese ini di rumah sahaja. Hal ini kerana, bukan susah untuk menyediakan pisang goreng cheese yang sedap. 

Kalau buat di rumah, kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahu dan juga kos pun jimat. Oleh itu, jom kita baca resepi pisang goreng cheese yang mudah dan sedap dibawah ini. Seterusnya bolehlah masak kat rumah masaing-masing.

RESEPI MUDAH PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT
1) Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng Cheese
1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Sebiji telur
Satu sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning@serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

2) Bahan-Bahan Untuk Topping 
Keju chesse (diparut)
Satu sudu kecil susu pekat manis
Satu sudu kecil butter
Chocolate yang telah dicairkan

3) Cara-Cara 
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning.
2. Masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam. 
3. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan (deep fry). 
4. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.
5. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju dan chocolate yang telah dicair di atas pisang goreng 


Related Posts:

0 Response to "RESEPI PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT"

Post a Comment