Amanat Akhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat "Demi Agama Islam"

 “AYAH nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan,” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

..... itulah antara amanat terakhir yang disampaikan Allahyarham kepada anak sulungnya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu. 




Anakanda kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh Nik Mat menceritakan tentang amanat ayahandanya itu. Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga sentiasa berpesan supaya menjaga hubungan silaturrahim antara keluarga, menjaga solat dan supaya kekal sebagai 'keluarga agama'. Katanya lagi, pesanan tersebut bukan sahaja ditujukan untuk keluarganya malah kepada seluruh masyarakat.

Related Posts:

0 Response to "Amanat Akhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat "Demi Agama Islam""

Post a Comment