10 Sikap Wanita Yang Disenangi oleh Lelaki






Ketahui rahsia sikap wanita yang disenangi oleh lelaki dalam pemilihan pasangan hidup.

Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.


Sumber Gambar: Ridzuan Yahya
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.




Sumber Gambar : Anna Rina Photography
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


Sumber Gambar: Amni Capture
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


Sumber Gambar : Anna Rina Photography
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.



Sumber Gambar : Ridzuan Yahya Photography
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.



Sumber Gambar : Ridzuan Yahya Photography
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.


Sumber Gambar : Afnan Omar Photography
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda


Artikel Lain Yang Mungkin Anda Ingin Tahu:-


10 Petanda Dia Jodoh Kita


7 Perkara Isteri Anda Tidak Akan Beritahu

Related Posts:

Sebab Kenapa Kita Kena Selalu Baca Dan Mendengar Al-Qur




Sebagai umat Islam, seperti yang kita semua ketahui bahawa rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti.
Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar).


Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.
Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, wal’iyazubillah!
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.



AL QURAN DAN PENYEMBUHAN
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran eletrik.
AL QURAN DAN SEL KANSER
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
AL QURAN DAN MOLEKUL AIR
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
AL QURAN DAN KETENANGAN
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
AL QURAN DAN VIRUS
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
AL QURAN DAN BAYI
Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape rekoder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Related Posts:

Pengorbanan Isteri Membuatkan Suami ini Menangis Terharu

Pengorbanan Isteri Membuatkan Suami ini Menangis Terharu (2 Gambar) | Isteri adalah ibarat permata di hati suami. Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat. Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu. Seperti pengalaman abang Jebon ini, dia sangat-sangat terharu dengan tindakan dan pengorbanan isteri sehinggakan mengalir jua air mata jantannya.

Related Posts:

Ketahui panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebab tersendiri.


Tips Perkahwinan: 13 Pantang Larang Sebelum Berkahwin




Orang Melayu terkenal dengan adat dan tatasusilanya yang tersendiri semenjak dari dahulu. Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa kini kerana perubahan zaman dan kekangan yang ada. Tapi sebagai rujukan apa salahnya kita mengetahunya untuk panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebabnya tersendiri

1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.

13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

SUMBER : Majalah Pengantin Ogos 2012

Related Posts:

7 Tips Ajar Anak Solat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!




Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.
1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.
2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”
3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak
Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”

4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya.
Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab
Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka?
Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) Doa
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.

Related Posts:

Adakah Anda(wanita) Mempunyai Ciri-ciri Dibawah??




ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan jadikan sebagai istrinya:
1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.a

Related Posts:

6 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Tradisional



Amalan Berpantang Selepas Bersalin
Zaman moden kini, ada wanita yang tidak mengendahkan amalan berpantang selepas bersalin. Namun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan berpantang dikatakan dapat mengembalikan mereka seperti anak dara.
Masyarakat Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Malah, ada juga yang sampai 100 hari terutama bagi mereka yang berasal daripada keturunan Jawa.
Samada 44 hari atau 100 hari, itu terpulang pada masing-masing. Yang penting, ibu dan bayi sihat!
Apakah tujuan berpantang?
Hal ini demi kebaikan kesihatan wanita itu sendiri pada kemudian hari. Badan nak pakai lama bak kata orang tua-tua. Sang suami masih kelihatan gagah, kacak bergaya walaupun rabun sudah mula beruban. Sementara si isteri sudah tidak berdaya lenguh sakit sana-sini.
Amalan berpantang dalam masyarakat melayu dapat mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.



Foto Kredit: rohaisha.blogspot.com


Makanan semasa berpantang
Di Malaysia, terdapat pelbagai versi makanan berpantang. Ia berbeza mengikut negeri dan budaya masing-masing. Makanan berpantang keturunan jawa tidak sama dengan makanan berpantang keturunan minangkabau.
Namun, terdapat persamaan makanan berpantang orang melayu. Di antaranya ialah :
1. Ikan haruan
Memakan ikan tawar seperti ikan haruan yang kaya dengan asid amino dan asid lemak dapat mempercepatkan proses penyembuhan dalaman dan luaran buat ibu selepas bersalin. Zat lain yang terkandung pada ikan haruan ialah vitamin A dan kolagen yang dapat mencantikkan kulit secara semulajadi.
2. Makanan laut
Majoriti masyarakat melayu tidak akan menyentuh makanan laut sepanjang tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan alergi dan kegatalan.
3. Makanan sejuk
Makanan sejuk seperti timun, kelapa muda, kangkung dan tebu perlu dielakkan buat ibu selepas bersalin kerana ia menyebabkan sakit lemah sendi, artristis dan reumatisme.
Bagaimana kalau keguguran? Boleh juga makan yang sama seperti orang berpantang.


Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com
Amalan berpantang secara tradisional
Penjagaan orang Melayu semasa berpantang dilakukan kerana untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Hal ini menyebabkan diri wanita itu menjadi ‘sejuk’. Justeru, tradisi turun-menurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas dan memakan jamu masih diamalkan masyarakat melayu hingga hari ini.
1. Berurut
Tujuan berurut selepas bersalin ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.
2. Mandian Herba
Selepas diurut, badan ibu akan dilulur dengan campuran rempah ratus untuk menghaluskan kulit dan menyingkirkan sel-sel mati. Selepas itu, mandian herba yang dicampur dengan akar-akar kayu dan rempah yang direbus akan menyegarkan lagi tubuh ibu
3. Bertungku
Amalan bertungku masyarakat melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di kalangan masyarakat barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh bahagian badan.
4. Berbengkung
Seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung setiap hari sepanjang tempoh berpantang. Terdapat pelbagai jenis bengkung seperti bengkung jawa, bengkung tali dan korset.
5. Bertangas
Terdapat 5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang berlainan.
6. Jamu
Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan juga bayi. Sesuai diamalkan selepas habis tempoh berpantang.
Selepas berpantang, jangan lupa dapatkan petua menghilangkan perut buncit selepas bersalin. Baru nampak seperti sediakala.

Related Posts:

WANITA WAJIB TAHU!! 21 TIPS DAN PETUA MENCANTIKKAN WAJAH!!



Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWATMula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
MENGHILANGKAN TAHI LALATAsalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
BIBIR MERAH SEMULAJADIPetua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
MELEBATKAN BULU KENINGSetiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
KULIT MUKA LICIN BERSERIAmbil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
MENAIKKAN SERI MUKASetiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu
MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATASemasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATASebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
MELICINKAN WAJAHAmbil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR HITAMBibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIRUntuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIRSaya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENINGCaranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
NAIK SERI WAJAHSeri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
OTAK JADI BIJAKmasukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
MENCANTIKKAN KULIT MUKAUntuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
MENYERIKAN WAJAHAmbil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWATAmbil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
PETUA AWET MUDABangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
MUKA BERSERIBangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
SENTIASA MUDARamai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda
sumber:http://blog3dalam1.blogspot.com

Related Posts:

Mana Nak Letak Muka, Gambar Ma*Ksiat Disebar Bekas Teman Lelaki









Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini.











Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit.


Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..



Lihat laporan polis neh beb ;




Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?


1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.


2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.


3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..


4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.


5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.


Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..


Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..

Related Posts:

izara aisyah cetus kontroversi bila pakai gaun nipis hadiri satu majlis

Aishah yang ke-22 yang disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk mereka.

Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit.

Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan.






Related Posts:

6 Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri



(GAMBAR HIASAN)copy dalam net
ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan jadikan sebagai istrinya:
1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Related Posts:

PARAH !!! 5 Gambar Emma Maembong Buat Peminat Stim





Pelakon terkenal dan kekasih kepada Zizan Razak, Emma Maembong telah berkongsi beberapa gambar dirinya berpeluk erat dada dengan seorang lelaki. Nampak menerusi gambar tersebut begitu intim dan mesara. Tetapi siapakah lelaki itu? Nampak erat sangat. Ha.. tentu ramai yang fikir bukan-bukan kan?





Kepada mereka yang masih tercari cari apakah jawapannya mengenai lelaki tersebut. Kalau nak tahu, itulah dia adik kesayangan Emma Maembong. Ahmad namanya. Panggilan dalam keluarga adalah Amad. Memang kacak berkulit putih gitu.





Amad ni seorang OKU. Selalu duduk atas kerusi roda. Emma Maembong tidak bersekolah demi menjaga adik kesayangannya ini. Begitu besar pengorbanan Emma terhadap keluarganya.

Mengikut sumber yang dipercayai Amad juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama. Dia juga handal melukis seperti bapa dan kesemua adik beradiknya. Jom lihat kemesraan Emma Maembong dengan Ahmad.






Related Posts:

MESTI TENGOK! Apakah Maknanya Bertudung Jika Begini? ( Gambar)

Sesungguhnya diri kita tidak lali daripada membuat kesilapan dan dosa. Apabila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya. Kepada kaum hawa di luar sana berjaga-jagalah janganlah anda berbuat perangai sedemikian.Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung . Perkara ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai dan perlu di ubah. Janganlah kita menampakkan agama Islam kita ini sebagai agama yang murahan.






Related Posts:

WANITA WAJIB TAHU!! 21 TIPS DAN PETUA MENCANTIKKAN WAJAH!!



Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWATMula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
MENGHILANGKAN TAHI LALATAsalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
BIBIR MERAH SEMULAJADIPetua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
MELEBATKAN BULU KENINGSetiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
KULIT MUKA LICIN BERSERIAmbil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
MENAIKKAN SERI MUKASetiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu
MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATASemasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATASebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
MELICINKAN WAJAHAmbil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIR HITAMBibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIRUntuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
MEMERAHKAN BIBIRSaya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENINGCaranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
NAIK SERI WAJAHSeri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
OTAK JADI BIJAKmasukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
MENCANTIKKAN KULIT MUKAUntuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
MENYERIKAN WAJAHAmbil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWATAmbil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
PETUA AWET MUDABangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
MUKA BERSERIBangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
SENTIASA MUDARamai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda
sumber:http://blog3dalam1.blogspot.com 

Related Posts:

6 Amalan Berpantang Selepas Bersalin Secara Tradisional



Amalan Berpantang Selepas Bersalin
Zaman moden kini, ada wanita yang tidak mengendahkan amalan berpantang selepas bersalin. Namun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri, amalan berpantang dikatakan dapat mengembalikan mereka seperti anak dara.
Masyarakat Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Malah, ada juga yang sampai 100 hari terutama bagi mereka yang berasal daripada keturunan Jawa.
Samada 44 hari atau 100 hari, itu terpulang pada masing-masing. Yang penting, ibu dan bayi sihat!
Apakah tujuan berpantang?
Hal ini demi kebaikan kesihatan wanita itu sendiri pada kemudian hari. Badan nak pakai lama bak kata orang tua-tua. Sang suami masih kelihatan gagah, kacak bergaya walaupun rabun sudah mula beruban. Sementara si isteri sudah tidak berdaya lenguh sakit sana-sini.
Amalan berpantang dalam masyarakat melayu dapat mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.



Foto Kredit: rohaisha.blogspot.com


Makanan semasa berpantang
Di Malaysia, terdapat pelbagai versi makanan berpantang. Ia berbeza mengikut negeri dan budaya masing-masing. Makanan berpantang keturunan jawa tidak sama dengan makanan berpantang keturunan minangkabau.
Namun, terdapat persamaan makanan berpantang orang melayu. Di antaranya ialah :
1. Ikan haruan
Memakan ikan tawar seperti ikan haruan yang kaya dengan asid amino dan asid lemak dapat mempercepatkan proses penyembuhan dalaman dan luaran buat ibu selepas bersalin. Zat lain yang terkandung pada ikan haruan ialah vitamin A dan kolagen yang dapat mencantikkan kulit secara semulajadi.
2. Makanan laut
Majoriti masyarakat melayu tidak akan menyentuh makanan laut sepanjang tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan alergi dan kegatalan.
3. Makanan sejuk
Makanan sejuk seperti timun, kelapa muda, kangkung dan tebu perlu dielakkan buat ibu selepas bersalin kerana ia menyebabkan sakit lemah sendi, artristis dan reumatisme.
Bagaimana kalau keguguran? Boleh juga makan yang sama seperti orang berpantang.


Foto Kredit: bianca.embracinglabor.com
Amalan berpantang secara tradisional
Penjagaan orang Melayu semasa berpantang dilakukan kerana untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang keletihan dan lemah selepas melahirkan bayi. Hal ini menyebabkan diri wanita itu menjadi ‘sejuk’. Justeru, tradisi turun-menurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas dan memakan jamu masih diamalkan masyarakat melayu hingga hari ini.
1. Berurut
Tujuan berurut selepas bersalin ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. Proses sengkak semasa berurut ialah ‘mengangkat’ salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada dalam rahim.
2. Mandian Herba
Selepas diurut, badan ibu akan dilulur dengan campuran rempah ratus untuk menghaluskan kulit dan menyingkirkan sel-sel mati. Selepas itu, mandian herba yang dicampur dengan akar-akar kayu dan rempah yang direbus akan menyegarkan lagi tubuh ibu
3. Bertungku
Amalan bertungku masyarakat melayu hampir sama seperti teknik ‘hot stone massage’ di kalangan masyarakat barat. Ia biasa dilakukan sebelum memakai bengkung. Sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh bahagian badan.
4. Berbengkung
Seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah punggung setiap hari sepanjang tempoh berpantang. Terdapat pelbagai jenis bengkung seperti bengkung jawa, bengkung tali dan korset.
5. Bertangas
Terdapat 5 jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan ramuan herba yang berlainan.
6. Jamu
Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana memberi kesan kepada susu dan juga bayi. Sesuai diamalkan selepas habis tempoh berpantang.
Selepas berpantang, jangan lupa dapatkan petua menghilangkan perut buncit selepas bersalin. Baru nampak seperti sediakala.

Related Posts:

7 Tips Ajar Anak Solat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!




Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.
1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.
2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”
3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak
Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”

4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya.
Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab
Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka?
Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) Doa
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.

Related Posts:

PERHATIAN KAUM ADAM :jangan biarkan Isteri Menanggung Belanja Rumah

Soalan;
Assalamualaikum.
Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan,
sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.




Jawapan;


Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.


1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; "Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya" (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak".[2]



2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; "Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah" (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).



3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; "Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari 'Amru bin 'Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]


Wallahu a'lam.



[1] Mirqaat al-Mafatih, Syeikh 'Ali al-Qari (5/1772). Mir'aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).

[2] Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).

[3] Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).


Semoga kita semua mendapat manfaatnya naa..InsyaAllah kita adalah orang -orang yang baik.

Related Posts:

Sebab Kenapa Kita Kena Selalu Baca Dan Mendengar Al-Qur




Sebagai umat Islam, seperti yang kita semua ketahui bahawa rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti.
Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar).


Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.
Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, wal’iyazubillah!
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.



AL QURAN DAN PENYEMBUHAN
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran eletrik.
AL QURAN DAN SEL KANSER
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
AL QURAN DAN MOLEKUL AIR
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
AL QURAN DAN KETENANGAN
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
AL QURAN DAN VIRUS
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
AL QURAN DAN BAYI
Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape rekoder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Related Posts:

Adakah Anda(wanita) Mempunyai Ciri-ciri Dibawah??




ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?



Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh pria, dan jangan jadikan sebagai istrinya:
1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Related Posts:

Pengorbanan Isteri Membuatkan Suami ini Menangis Terharu

Pengorbanan Isteri Membuatkan Suami ini Menangis Terharu (2 Gambar) | Isteri adalah ibarat permata di hati suami. Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat. Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu. Seperti pengalaman abang Jebon ini, dia sangat-sangat terharu dengan tindakan dan pengorbanan isteri sehinggakan mengalir jua air mata jantannya.

Related Posts:

WANITA YANG KUAT BERSETUBUH KELIHATAN LEBIH CANTIK?






WANITA YANG KUAT BERSETUBUH KELIHATAN LEBIH CANTIK? | DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.



Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.


Wajah berseri


Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu? Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.


Bentuk tubuh yang menarik


Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh. Hilangkan lenguh-lenguh badan Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.


Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan. Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.


Kitaran haid yang teratur



Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut

Related Posts: